REMBAU, 23 Okt 24 – Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM telah menyantuni anggota daripada bahagian MPOU-A6, Sjn U Muhammad Fakhrullah bin Yahya di Kampung Ulu Gadong, Kota Rembau, Negeri Sembilan hari ini.
Sjn U Muhammad Fakhrullah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 26 September 2024 yang lalu. Lawatan ini menzahirkan keprihatinan Ketua Staf MPOU serta warga MPOU dengan bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada anggota dalam mengharungi dugaan.
Turut hadir Asisten Ketua Staf MPOU-A6, Lt Kol Azmi bin Saamah TUDM, pegawai dan anggota bahagian MPOU-A6.