Select your language

PERASMIAN PEMBUKAAN TASKA PERPADUAN PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 16 Januari 2026 - Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan perasmian Taska Perpaduan yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Tan Lai Hock TUDM, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga pangkalan.

Majlis dimulakan dengan kunjungan hormat Timb. Pengarah Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Komander Pangkalan dan seterusnya perasmian Taska Perpaduan PU Butterworth. Komander Pangkalan seterusnya berkesempatan untuk melawat di sekitar kawasan taska dan telah menyerahkan Starter Kid kepada kanak-kanak taska.

Penubuhan taska ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan penjagaan awal kanak-kanak yang selamat, berkualiti dan kondusif khususnya untuk anak-anak warga pangkalan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dr Zulkhairi bin Zainal, Timb. Pengarah Perpaduan Negeri Pulau Pinang serta pihak perpaduan daerah SPU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY