Select your language

GOTONG-ROYONG DAN KEMAS KINI BARANGAN DI BAWAH BIRO HARTA RUMAH BAKAT MTU

1 2
3 4

 

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2026 – Satu aktiviti gotong-royong dan pengemaskinian barangan telah dianjurkan oleh Biro Harta BAKAT MTU bertempat di Rumah BAKAT MTU. Program ini diketuai oleh Ketua Biro Harta, Puan Yee Bit Lian bersama suami, Kolonel Chen Boon Jong TUDM serta Timbalan Biro Harta, Puan Sharina binti Mohd Zainuddin.

Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan sarapan pagi diikuti sesi pembahagian tugas dalam kalangan ahli BAKAT MTU yang melibatkan seramai 20 orang peserta. Antara tugasan yang dilaksanakan termasuk penyusunan semula perabot, pengemaskinian carta organisasi dan sudut informasi, penyimpanan barangan ke dalam stor, pembersihan setiap bilik serta kawasan luar Rumah BAKAT MTU, dan pelupusan barangan lama atau rosak.

Penganjuran aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk mengekalkan kebersihan dan kekemasan Rumah BAKAT MTU di samping memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan ahli BAKAT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY