SUBANG, 23 OGOS 23 - Penganjuran acara 10 KM Challenge Pangkalan Udara Subang Tahun 2023 telah dilaksanakan melibatkan seramai 1150 warga Pangkalan Udara Subang yang turut disertai oleh warga Markas Pemerintaan Operasi Udara (MPOU), warga Markas Pemerintaan Bantuan Udara, dan warga PUSPEKA. Pelepasan program ini disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan Kol Yusri bin Jamari TUDM.
Acara yang diadakan di Padang Kawad Markas Pangkalan ini mula pada jam 0630 dan tamat sekitar jam 1030.
Larian 10 KM dimulakan dengan acara senamrobik sebagai pemanasan yang di ketuai anggota dari Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU).
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kecergasan diri di samping merealisasikan Perintah Panglima Tentera Udara dalam Tonggak Ke-6 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga seperti yang ditetapkan dalam perkhidmatan.