TANJUNG BUNGAH, 23 Ogos 23 – Bengkel Pengurusan Kes Tatatertib bagi Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 23 hingga 24 Ogos 23 bertempat di Pusat Hospitaliti Tentera Udara, Pulau Pinang.
Bengkel yang dianjurkan pada kali ini berfokuskan kepada pegawai yang membuat tugas Ajutan, Pegawai Tadbir dan Pegawai Perundangan di Markas Pemerintahan, Pangkalan, Pusat Latihan dan Unit-Unit dalam TUDM. Objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan lagi prestasi, menambah baik dan menyelesaikan segala pemasalahan yang berlaku dalam pengurusan kes tatatertib. Bengkel ini juga memberi pengetahuan berkaitan dengan undang-undang yang perlu dipatuhi agar pengurusan kes tatatertib dapat dilaksanakan dengan tepat dan mengikut lunas undang-undang sedia ada.
Majlis Pembukaan Bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM. Turut hadir ialah Pegawai Memerintah Pegawai Memerintah PHU, Lt Kol Abd Rahim bin Ahmad TUDM. Semoga melalui penganjuran bengkel sebegini dapat merealisasikan Visi dan Misi TUDM dengan mempertingkat dan memperkasakan modal insan dengan lebih cemerlang selain dapat melaksanakan tugas dalam hal pentadbiran tatatertib dengan lebih efektif dan berkesan.