ALOR SETAR, 9 Jun 22 – Satu ceramah AADK anjuran Pegawai Anti Dadah Kolej dan ITAS, bertajuk 'Pendidikan Pencegahan dan Kesedaran Awam' telah diadakan di Dewan Peperiksaan ITAS, KTU. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Normaliza binti Omar mewakili AADK Negeri Kedah.
Pegawai Memerintah ITAS , Kol Rizam bin Ibrahim TUDM mewakili Pegawai Kanan Kolej Tentera Udara hadir bersama 150 orang warga Kolej.
Ceramah ini adalah salah satu program tahunan Kolej yang diadakan bagi memberi kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang terhadap kesihatan dari segi fizikal, mental dan emosi. Di samping itu, ceramah ini juga mampu memberi kesedaran kepada setiap anggota yang hadir agar cakna terhadap ketagihan yang impaknya boleh merosakkan koordinasi anggota badan dan masa depan seseorang dan keluarga.