IPOH, 10 Jun 22 - Majlis Penutup Kursus Pertahanan Darat TUDM (KPDT) Siri 15/22 telah diadakan di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara (ATU). Kursus ini dijalankan selama empat (4) minggu bermula pada 17 Mei 22 dan akan berakhir pada 13 Jun 22.
Seramai 42 orang penuntut yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai daripada Cawangan Tadbir dan 39 orang anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada ketukangan Pembantu Tahan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya.
Pemakaian Lencana Pertahanan Darat TUDM telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Junairi bin Baharom TUDM dan diiringi oleh Mej Hj Mohamad Ijas bin Saidun Zubir TUDM, wakil Peg Memerintah SLTT. Penuntut Terbaik Kursus Pertahanan Darat TUDM Siri 15/22 telah disandang oleh Mej Hj Mohd Abdullah bin Mohd Zainudin TUDM.
Turut hadir semasa majlis adalah barisan eksekutif dari ATU serta jurulatih-jurulatih dari Markas Rejimen TUDM. Pelaksaanaan majlis adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).