PANGKALAN UDARA LABUAN SANTUNI PUSAT AUTISM WP LABUAN DALAM PROGRAM CIVIL-MILITARY COOPERATION (CIMIC) TAHUN 2024

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

LABUAN, 21 Sep 24 - Pangkalan Udara Labuan bersama ahli BAKAT Udara pangkalan telah melaksanakan Program Jiwa Murni atau Civil Military Cooperation (CIMIC) bersama warga Pusat Autism, Labuan dalam usaha mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat dan memberi pendedahan kepada masyarakat untuk lebih mengenali fungsi dan peranan ATM terutamanya TUDM.

Program ini melibatkan seramai 46 anggota pangkalan, 21 orang ahli BAKAT Udara pangkalan dan 50 warga Pusat Autism Labuan yang terditi dari ibubapa, para pelajar dan guru-guru. program ini turut disertai oleh Pemangku Komander Pangkalan, Timbalan Pengerusi BAKAT Udara pangkalan serta eksekutif pangkalan.

Dalam program ini, beberapa aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan seperti mengecat bangunan, memindahkan pondok gazebo, membersihkan kawasan sekitar Pusat Autism dan aktiviti bersama pelajar autism seperti mewarna, membuat kolaj serta outdoor games.

10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

 

Dalam ucapan pembukaan oleh Pengarah Pusat Austism Labuan, Encik Shafrry bin Mohd Sarif, beliau menzahirkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya dan Pangkalan Udara Labuan khusunya serta ahli BAKAT Udara pangkalan kerana sudi bertandang ke Pusat Autism Labuan dan menyantuni para pelajar autism di pusat ini. Tambahnya, majlis bersama pihak luar seperti ini amatlah dialu-alukan oleh Pusat Autism Labuan dalam usaha meningkatkan kesedaran serta pemahaman dikalangan masyarakat berkaitan autism.

Program seperti ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran sosial para pelajar dengan berinteraksi bersama anggota yang hadir. Beliau juga berharap agar program bersama pihak tentera dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Majlis seterusnya diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pelajar autism dan sesi bergambar.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer