KUALA LUMPUR, 19 Sep 2024 β Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Unit Integriti (KUI), Unit Integriti, Kementerian Pertahanan, Tuan Ramli bin Hassan di pejabat beliau, hari ini.
Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM dan PS 1 Intergriti, Lt Kol Zul Izuddin bin Ismail TUDM turut serta hadir semasa kunjungan hormat oleh KUI. Kunjungan hormat kepada AKS Tadbir dilaksanakan bagi memperkukuhkan usahasama dalam tadbir urus dan integriti dalam pengurusan di peringkat kementerian.
Melalui kunjungan ini, Ketua Unit Integriti dapat mengenali dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab AKS Tadbir, Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir (MTU - Tadbir) serta membincangkan strategi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan amalan tadbir urus yang telus dan berintegriti. Usahasama ini juga memberi peluang untuk bertukar pandangan dan idea tentang bagaimana untuk memperkukuhkan nilai-nilai integriti dalam kalangan anggota dan pegawai kementerian.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mewujudkan budaya kerja yang lebih profesional, beretika, dan selari dengan aspirasi kementerian dalam memastikan setiap urusan dijalankan dengan mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus serta undang-undang yang ditetapkan.