OP MURNI : TUDM LAKSANAKAN TUGASAN MEDEVAC OP MURNI 2021 BANTU BAYI MENDAPATKAN RAWATAN KECEMASAN

1 2 3
4 5

 

BENTONG, 23 Dis 21 - Penugasan Op Murni TUDM diteruskan lagi pada hari ini melibatkan Medical Evacuation (MEDEVAC) di daerah Bentong. No. 10 Skn telah diaturgerak dengan menggunakan helikopter EC 725 AP bagi membantu membawa seorang bayi lelaki berusia 2 bulan yang mengalami masalah pernafasan dan memerlukan rawatan kecemasan. Helikopter EC 725 AP telah membuat MEDEVAC membawa bayi kepada Puan Kesavane a/p Murugaiyah dari daerah Bentong pada jam 4.00 petang dan selamat mendarat di Padang Kemunting, Padang MPK 4 Kuantan. Bayi berkenaan terus dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dengan menggunakan ambulans.

Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mejar Muhamad Hijaz bin Kamarudin TUDM dan Juruterbang, Kapten Thaddaeus Raphael TUDM serta Kuartermaster Udara, PW U II Helmi bin Mohammad Shaffi.

TUDM turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan misi MEDEVAC pada hari ini termasuk anak kapal pesawat serta pihak lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga bayi berkenaan menjalani rawatan dengan segera dan dikurniakan kesembuhan.