HULU LANGAT, 23 Dis 21 - Sekumpulan pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkhidmat di Pangkalan Udara Subang telah meneruskan lagi bantuan kepada penduduk setempat termasuk juga anggota yang bertugas di bawah naungan Pangkalan Udara Subang dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan kediaman penduduk yang terjejas banjir. Hari ini tumpuan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan di Taman Sri Cendana Klang dan di Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat Selangor. Anggota Tentera Darat Malaysia, Kpl Muhamad Hafizal bin Saharuddin yang bertugas di 819 RSAT dan anggota TUDM, FSjn Siti Khaireenna binti Bakhtiar yang bertugas di Cawang Materiel antara mangsa banjir yang kediaman mereka terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, BAKAT Udara PU Subang turut sama membuat sumbangan kepada Puan Siti Amrah yang merupakan bekas Pentadbir Awam Cawang Material yang kediamannya turut terjejas akibat banjir di Beranang Selangor. Penyerahan sumbangan berupa keperluan seperti selimut dan barang keperluan asas telah disampaikan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir ini yang diketuai oleh Mej Syahida Madihah binti Abdul Hadi TUDM.
Kerja-kerja pembersihan kediaman penduduk terjejas banjir telah turut dilaksanakan secara berperingkat sejak semalam oleh anggota TUDM dari Pangkalan Udara Subang bagi membantu penduduk di kawasan berdekatan di Jalan Meru Indah,Klang dan Kampung Sri Aman Puchong.