Select your language

MESYUARAT KETUA CAWANGAN MATERIEL SIRI 1/2026

1 2
3 4

 

INSMAT, 28 Januari 2026 – Mesyuarat Ketua Cawangan Materiel Siri 1/26 telah diadakan bertempat di INSMAT TUDM Kinrara.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh AKS Materiel, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincang isu-isu yang berbangkit serta perkara-perkara melibatkan penugasan KCM dalam menambahbaik aspek pentadbiran di Markas/ Pangkalan/ Unit TUDM.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg AKS Materiel, seterusnya membincangkan perkara berbangkit, takwim tahunan 2026, taklimat pengarahan-pengarahan semasa, Analisis audit tahun 2025 dan hal-hal lain.

Diharap mesyuarat ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memacu Cawangan Materiel ke arah kecemerlangan, kredibiliti dan kesiapsiagaan yang berterusan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY