BUTTERWORTH, 13 Mei 22 – Komander Pangkalan PU Butterworth, Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan yang diadakan di Auditorium No 18 Skn, PU Butterworth.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Ros Hana bt Ariffin selaku Pengerusi BAKAT PU Butterworth dan dihadiri oleh Ahli BAKAT mengikut kouta yang telah dikeluarkan.
Pada mesyuarat kali ini, telah diadakan pelantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi penggal 2022, Pembentangan Laporan Kewangan 2021 dan Perancangan Aktiviti BAKAT tahun 2022 serta perbincangan usul-usul daripada ahli bakat yang hadir.
Pada masa yang sama, PU Butterworth turut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Pangkalan di sekitar Perkarangan Markas No 18 Skn. Sambutan ini dihadiri oleh semua warga Pangkalan berserta keluarga dalam merapatkan hubungan ukhuwah antara sesama warga Pangkalan.