SUBANG, 13 Mei 22 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Padang Kawad Markas yang dihadiri oleh Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM, pegawai-pegawai, anggota LLP, serta kakitangan awam yang berkhidmat di MPBU.
Sambutan kali ini telah dilaksanakan dengan penuh berhemah dan meriah setelah dua tahun majlis ini tidak dilaksanakan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah menu hari raya.