Select your language

MAJLIS UCAPTAMA DAN PERJUMPAAN ASISTEN KETUA STAF MATERIEL KE-19 BERSAMA WARGA MATERIEL TUDM

1 2 3
5 6 7

 

INSMAT, 27 Januari 2026 – Asisten Ketua Staf Materiel ke-19, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM telah menyantuni warga Materiel Tentera Udara Diraja Malaysia dalam Majlis Ucaptama dan Perjumpaan beliau bersama Warga Materiel yang berlangsung di Auditorium INSMAT. Majlis ini merupakan perjumpaan ulung beliau bersama seluruh warga Materiel selepas dilantik sebagai Asisten Ketua Staf Materiel ke-19. Majlis ini turut dilaksanakan secara siaran langsung (live streaming) bagi membolehkan seluruh warga Materiel di cawangan-cawangan Materiel Pangkalan mengikuti ucaptama dan hala tuju kepimpinan yang disampaikan.

Dalam ucaptamanya, beliau telah menyampaikan hala tuju kepimpinan serta penekanan terhadap peranan strategik Materiel sebagai tulang belakang kepada kesiapsiagaan dan keupayaan operasi TUDM. Beliau turut menegaskan kepentingan tadbir urus yang berkesan, disiplin organisasi, pembangunan modal insan serta keperluan sokongan logistik yang berorientasikan misi.

Pada kesempatan tersebut, AKS Materiel turut menyeru seluruh warga Materiel agar terus memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan tahap profesionalisme serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan dedikasi demi menyokong aspirasi dan keperluan operasi TUDM.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Brig Jen Jasmi bin Che Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Logistik Pertahanan Bahagian Logistik Pertahanan.

Majlis ucaptama dan perjumpaan ini diharap dapat memperkukuh kesepaduan warga Materiel serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memacu Cawangan Materiel ke arah kecemerlangan, kredibiliti dan kesiapsiagaan yang berterusan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY