MAJLIS TADBIR SUMPAH PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) TUDM PENGAMBILAN TAHUN 2023

1
2 3 4
5 6 7

 

ALOR SETAR, 10 Nov 23 - Sekolah Latihan Pegawai (SLP) telah melaksanakan Majlis Tadbir Sumpah Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) TUDM Pengambilan Tahun 2023 dan Pembukaan Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 33/23 bertempat di Blackhawk Club, Sekolah Latihan Pegawai. Seramai 53 orang pelatih yang terdiri daripada 46 Pegawai Kadet Graduan (PK) lelaki dan tujuh (7) Pegawai Kadet Wanita akan menjalani latihan selama sembilan (9) bulan.

Majlis ini dimulai dengan upacara tadbir sumpah oleh PK dan seterusnya penyerahan PK oleh Ketua Provos Marsyal, Brig Jen Mohd Azmurin bin Mat Khalib kepada Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Hj Rafiddee bin Dollah TUDM. Penyerahan ini telah disaksikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM.

Turut hadir di majlis ini adalah Pegawai–pegawai daripada Cawang Tenaga Kerja - Markas Angkatan Tentera Malaysia, wakil pegawai daripada Bahagian Sumber Manusia - Markas Tentera Udara, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan dari Kolej Tentera Udara serta Pegawai dan jurulatih Sekolah Latihan Pegawai.

Dengan sempurnanya majlis tadbir sumpah dan penyerahan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) TUDM Pengambilan Tahun 2023 ini, maka bermula fasa pertama menjalani kursus yang bakal menjadi perjalanan kerjaya sebagai pegawai dalam perkhidmatan TUDM.