KUALA LUMPUR, 10 Nov 23 – MTU-Kejuruteraan TUDM dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Aircraft Structural Integrity (ASI) 2023 bertempat di Mess Wira Angkasa (MWA), PU Subang yang berlangsung dari 07 Nov hingga 09 Nov 23.
Seramai 27 peserta dari Bahagian Kejuruteraan TUDM yang terdiri daripada DGTA, MPBU, Ketua Cawangan Kejuruteraan (KCK), Ketua Flait Kejuruteraan dan pegawai-pegawai kejuruteraan telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel ASI 2023 adalah merupakan kesinambungan dari Bengkel ASI 2022 bagi menyampaikan status terkini pencapaian resolusi Bengkel 2022 dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai kejuruteraan TUDM untuk membincangkan cabaran, pemasalahan, status terkini dan rancangan hadapan dalam mengimplementasikan Aircraft Structural Integrity Program (ASIP) pada pesawat-pesawat TUDM berdasarkan dasar Aircraft Structural Integrity Program (ASIP) dan prosidur Aircraft Structural Integrity Management Plan (ASIMP) yang telah dibangunkan.
Bengkel ASI 2023 ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan dan seterusnya memberi manfaat kepada semua peserta dalam mendokong TUDM ke arah mencapai aspirasi yang telah ditetapkan serta mengimplementasikan Aircraft Structural Integrity Program (ASIP) pada pesawat TUDM masing-masing.
Majlis Pembukaan Bengkel ASI 2023 ini disempurnakan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM dan Majlis Penutup Bengkel ASI 2023 ini disempurnakan oleh Pengarah Kejuruteraan, Kol Samsuri bin Abu Bakar TUDM.