![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 11 Mac 25 – Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM menyempurnakan penyerahan cek sumbangan dari Tabung Zakat ATM bertempat di Bilik Mesyuarat No 10 Skuadron, hari ini.
Penerima sumbangan Tabung Zakat ATM ini merupakan anggota sakit kronik dan juga waris sakit kronik serta anak istimewa.
Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan ATM dalam membantu meringankan beban yang dihadapi oleh anggota dan waris. Seluruh warga pangkalan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat anggota dan waris serta diberikan kekuatan dalam mendepani ujian tersebut.