![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 11 Mac 25 – Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM yang diadakan di Dewan Utama Wisma Bintara, Pangkalan.
Ketibaan Komander Pangkalan disambut oleh Presiden Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, PW U I Mohd Amirizan bin Md Rejab dan Pengerusi Wisma Bintara, PW U I Shaiful Saparin bin Mohd Isa. Turut sama hadir adalah Pegawai Penjaga Wisma, Mej Raja Mohamad Fairul Shafiq bin Raja Mohamad Aznan TUDM.
Sebelum azan Maghrib berkumandang, Komander Pangkalan telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan BAKAT Udara kepada PW U II Muhammad Firdaus bin Ahmad Fuzi. Seterusnya majlis berbuka puasa ini diimarahkan lagi dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ketua AJK Agama, PW II Mohd Soleh bin Din.
Majlis Berbuka Puasa dimulakan dengan menjamah kurma dan juadah ringan, kemudiannya Komander Pangkalan menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Dewan Makan Utama Wisma Bintara. Majlis diakhiri dengan Komander Pangkalan dan hadirin menikmati juadah berbuka puasa.