BANDAR SRI SENDAYAN, 14 Jun 22 - Kontinjen Olahraga ATM terdiri daripada 12 wakil pihak pengurusan dan 70 atlet yang diketuai oleh Lt Kol Balasubramaniam a/l Maruthamothoo TUDM selaku “Chef De Mission” Kontinjen menerima bendera ATM daripada Pengerusi Persatuan Olahraga ATM (POATM), Mej Jen Mohd Razali bin Alias di Auditorium Kompleks Sukan TUDM, PU Sendayan pada hari ini.
Kontinjen Olahraga ATM akan beraksi di Kejohanan MAKSAK Games 2022 iaitu sukan Olahraga yang melibatkan penyertaan daripada 18 buah kontinjen ahli gabungan MAKSAK Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru bermula 16 hingga 18 Jun 22.
Sewaktu majlis penyerahan bendera, Pengerusi POATM turut memberi kata-kata semangat kepada Kontinjen Olahraga ATM agar memberi fokus yang terbaik untuk memperolehi pingat dan dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan MAKSAK Games 2022 - Olahraga.
Persatuan Olahraga TUDM (POTUDM) pada kali ini telah diberi tanggungjawab sebagai pihak pengurusan utama dalam Kontinjen Olahraga ATM. Setiausaha POTUDM, Kapt Helmi bin Kamil TUDM dilantik sebagai Pengurus Pasukan dan Ketua Jurulatih POTUDM, FSjn Tiruvatiran a/l Vedivelu sebagai Ketua Jurulatih bagi Kontinjen Olahraga ATM.