ALOR SETAR, 14 Jun 22 - Seramai 66 orang Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 9/21 yg terdiri daripada 53 Pegawai Kadet Lelaki dan 13 Pegawai Kadet Wanita telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama enam (6) bulan mulai 1 Dis 21 sehingga 17 Jun 22 di Sekolah Latihan Pegawai, Akademi Tentera Udara.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Sekolah Latihan Pegawai, Lt Kol Muazam Shah bin Mohd Yusuf TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Skuadron Piawaian dan Kawalan Latihan, Mej Fadzeel bin Munir TUDM yang mewakili Komandan ATU, Ketua-ketua Bahagian dan para Jurulatih SLP.
Tahniah diucapkan kepada semua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua Pegawai Kadet LKTA Siri 9/21.