![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 8 Okt 25 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah menganjurkan majlis penghargaan kepada kumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, SEGi University bertempat di D’Nest VIP Lounge, INSTAR.
Dalam majlis ini, Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM telah menyampaikan sijil penghargaan kepada kumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, SEGi University sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan di atas khidmat nasihat serta bimbingan mereka kepada Startech Innovator Team dalam penghasilan prototaip Rifle Shooting Board Rotator (RISBOR) yang merupakan projek inovasi INSTAR bagi tahun 2025. Hasil kerjasama ini telah menyumbang kepada pencapaian tempat ketiga bagi INSTAR dalam Bidang Penyampaian Perkhidmatan di bawah Kategori Penambahbaikan semasa Majlis Anugerah Inovasi TUDM Tahun 2025 pada 12 Sep 25 di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Markas Pemerintahan Operasi Udara.
Kumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, SEGi University yang terlibat ialah Lt M Ir. Ts. Najmi Haziq bin Badrulhisam PSSTUDM, Ir. Dr. Patrick Teo Hiu Hong, Dr. Fadzilah binti Adnan, Encik Ahmad Fauze bin Rais dan Encik Ahmad Muiz bin Idzani.
Warga INSTAR amnya dan Startech Innovator Team khasnya yang dianggotai oleh Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Mej Muhammad Firdaus bin Md Anuar TUDM, Kapt Mohamad Noor Fauzi bin Anuar TUDM, PW U II Zairulfikri bin Zakaria, PW U II Zul Iskandar bin Ab Halim dan Kpl U Jakry Pindeh mengucapkan jutaan terima kasih kepada kumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, SEGi University ini atas bantuan mereka terutama dalam aspek perkongsian ilmu melibatkan elemen Artificial Intelligence dalam penghasilan prototaip RISBOR.








