![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 8 Okt 25 - Skn 213 HANDAU telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RAOC 1 MAWILUD 1 bagi Latihan Lanjutan Siri 2/25 Skn 213 HANDAU. Kumpulan lawatan ini telah diberikan Taklimat Operasi di Bilik Operasi RAOC 1 oleh PW U II (W) Umi Salmah Binti Zamhuri dan seterusnya dibawa melawat ke dalam Bilik Operasi RAOC 1.
PS 2 Pertahanan Udara Mej Hafiz Bin Abd Halim TUDM telah hadir dalam taklimat ini bagi mewakili PS 1 A3. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota dan pegawai HANDAU berkenaan fungsi, tugas dan tanggungjawab serta memberi gambaran sebenar pengoperasian di RAOC 1. Lawatan telah disertai oleh 2 pegawai dan 38 anggota.







