BUKIT IBAM, 3 Nov 2020 – Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Special Protection Siri 14/20 di Padang Kawad SLTT.
Kursus yang akan berlangsung dari 2 Nov hingga 4 Dis 2020 ini disertai oleh 23 anggota LLP PASKAU. Majlis Pembukaan Kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM.