LAWATAN KERJA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE INSTAR

1 2
3 4

 

SENDAYAN – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) pada 3 Nov 20.

Ketibaan PPLU dan delegasi telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM serta warga INSTAR. PPLU Terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu badan di perkarangan pintu masuk INSTAR sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan penularan COVID-19.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat serta mendapat maklumat terkini dalam pelbagai aspek yang berkaitan kursus-kursus semasa yang dilaksanakan di INSTAR. PPLU dan delegasi turut meninjau penuntut kursus semasa pembelajaran sedang dijalankan.

PPLU serta delegasi telah menzahirkan rasa bangga dengan keupayaan INSTAR melaksanakan kursus di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan SOP yang ketat seperti yang telah disarankan oleh Pihak Kerajaan.