KUANTAN, 2 Sep 21 – Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Wan Mohammad Azhar bin Wan Mamat TUDM telah menyempurnakan Penutup Pemakaian Lencana Ketukangan dan Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Serial 51/21 yang diadakan di Sekolah Kawalan Trafik Udara, INSPRA.
Kursus yang berlangsung dari 26 April hingga 3 Sep 21 ini bertujuan untuk melatih anggota Ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) dalam melaksanakan tugas sebagai Junior Operations Operator (JOO) di Bilik Operasi. Kursus ini telah dihadiri seramai 29 anggota terdiri daripada seorang berpangkat Koperal dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan 28 anggota berpangkat LU II (Non Trade). Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LU II Muhammad Afiq bin Md Razi.
Turut hadir Pegawai Laksana INSPRA, Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM dan Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara, Lt Kol Mohd Amiruddin bin Ahmad Zaini TUDM.