GONG KEDAK, 3 Sep 21 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menyemarakkan Hari Kemerdekaan yang ke - 64 dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 Sep 21 nanti dengan sambutan yang penuh gemilang.
Program sambutan yang berlangsung di Astaka PU Gong Kedak berkonsepkan Tradisional 50an telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan dihadiri oleh Pemangku Pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai dan anggota LLP bagi menjiwai suasana Hari Kemerdekaan dan semangat patriotisme serta cintakan negara dengan perasaan penuh bangga.
Acara dimulakan dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM kepada Komander Pangkalan sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 64 di PU Gong Kedak dan seterusnya Komander Pangkalan telah menyerahkan bendera Malaysia kepada semua setiap wakil Skuadron dan Cawangan dan meneruskan sambutan di Cawangan dan Skn masing-masing.
Selain itu juga turut diadakan perarakan berbasikal sejuah 3 km mengelilingi kawasan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dengan membawa Jalur Gemilang yang dilihat bersemangat meraikan Hari Kebangsaan dalam norma baharu dengan mengikuti pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.