KUALA LUMPUR, 28 Mac 24 – Pejabat Agama Markas Tentera Udara telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran BAKAT sempena bulan Ramadan bertempat di Rumah BAKAT MTU. Turut hadir Pengerusi BAKAT MTU, Puan Shadiah Madiha binti Abd Malik dan ahli-ahli BAKAT dari Markas Tentera Udara.
Objektif majlis ini diadakan adalah bagi memberi keyakinan kepada Ahli BAKAT dengan bacaan dan penguasaan AL-Quran serta melaziminya dalam kehidupan seharian. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta muslimat yang terlibat dalam menjayakan Program Khatam Al-Quran.