IPOH, 15 Sep 20 - Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan (INSTAR), Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM telah membuat lawatan ke atas Sekolah Kulinari dan Hospitaliti.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Sekolah Kulinari dan Hospitaliti iaitu Kapt Muhammad Fauzee bin Kamarudin TUDM serta pegawai,jurulatih,staf INSTAR dan staf SKH.
Dalam rangka lawatan ini Pegawai Memerintah INSTAR telah menghadiri sesi taklimat dan seterusnya beliau membuat lawatan ke kawasan Sekolah Kulinari dan Hospitaliti serta blok penginapan penuntut kursus.