IPOH, 22 Feb 22 - Akademi Tentera Udara (ATU) telah menyambut kedatangan Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM yang berbesar hati untuk turun dalam siri lawatan rasmi beliau. Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM bersama-sama warga ATU menyambut ketibaan beliau sepanjang lawatan kerja selama dua (2) hari.
Sebaik ketibaan, TAKSPA telah menandatangani buku lawatan di Wisma Perwira ATU sebelum memulakan aturcara lawatan. Antara tempat tumpuan lawatan pada kali ini ialah Sekolah Latihan Perajurit Muda (SLPM), “Survival Village”, Tapak Merentas Halangan, Menara 5 “in” 1, dan acara melepaskan benih ikan di Kolam Komandan.
TAKSPA turut berbesar hati menyampaikan amanat kepada semua pegawai dan anggota Tadbir ATU dalam sesi dialog yang berlangsung di Dewan Rajawali ATU. Keesokannya, TAKSPA mempengerusikan Mesyuarat Panel Tapisan Pinjaman Perumahan Kerajaan Siri 5/22.
Sesungguhnya seluruh warga ATU mengalu-alukan Lawatan Kerja TAKSPA ke akademi. Sepanjang lawatan tersebut, beliau yang juga merupakan bekas Komandan ATU ke-15 turut memberi beberapa nasihat dan pandangan dalam membawa ATU ke arah pusat latihan terulung TUDM.