BENGKEL PENULISAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT TUDM TAHUN 2022

20220225 093934 20220223 084313 20220222 104448

 

KINRARA, 22 Feb 22 – Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat TUDM bagi tahun 2022 yang diadakan di INSMAT, TUDM Kinrara.

Bengkel yang berlangsung dari 22 Feb hingga 25 Feb ini disertai seramai 40 peserta dari markas/ pangkalan/ unit TUDM. ianya dilaksanakan secara bersemuka dan maya untuk peserta yang tidak dapat hadir disebabkan wabak COVID-19.

Perasmian pembukaan Bengkel telah disempurnakan oleh Pegawai Staf 1 Inovasi, Lt Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM dengan merasmikan Logo AITUDM 2022 sebagai simbolik bermulanya program.

Bengkel Penulisan KIK 2022 ini digerakkan oleh Sel Inovasi dan dikoordinasi oleh Pegawai Inovasi TUDM, Mej Hairul Zaimy TUDM serta dibantu oleh Sjn U Muhamad Iskandar dan Kpl U Mohammad Zamri sebagai ‘Administrator’.

Pelaksanaan bengkel ini mendapat kerjasama dan komitmen tinggi daripada Pensyarah Jemputan serta fasilitator yang turut serta membimbing dan membantu peserta bengkel bagi penghasilan laporan serta projek inovasi yang baik sebelum Konvensyen KIK TUDM 2022 bermula. Pensyarah jemputan dari MYIPO iaitu Puan Syuhada telah turut serta memberi bimbingan membuat teknik pendaftaran memalaui portal Harta Intelek Malaysia. Peserta-peserta juga telah dipimpin mengikut wilayah oleh empat (4) orang fasilitator yang berpengalaman luas dalam Inovasi dan KIK. Antara Fasilitator yang dilantik dan turut serta dalam bengkel ini ialah Lt Kol Saipol TUDM (Borneo), Lt Kol Roslimizal TUDM (Northern), Mej Ridzman TUDM (Central) dan Mej Fitri TUDM (EastCost).

Di dalam ucapan, PS1 Inovasi juga menyampaikan saranan YBhg PTU agar anggota TUDM mempunyai ‘Disruptive Innovation mindset’ dan meneruskan pembudayaan inovasi serta idea-idea kreatif dalam menambahbaik proses kerja. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pensyarah jemputan dan fasilitator yang telah membantu menjayakan bengkel penulisan kali ini.