KUALA LUMPUR, 14 Jul 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah melaksanakan lawatan kebajikan terhadap Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM yang terlibat dengan kemalangan motosikal pada 11 Jul 22.
Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM kini sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Lawatan kebajikan ini turut disertai oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM; PS 2 Kebajikan, Mej Azila binti Hj Abdullah TUDM dan Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar.
Beliau kini sedang bercuti sebelum menamatkan perkhidmatan. Semoga Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM diberikan kesembuhan dan dimurahkan rezeki di dalam apa jual bidang yang beliau ceburi kelak.