KUANTAN, 14 Julai 22 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Ceramah Kesihatan bersempena Tools Down Day Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan Udara (MPPLU) bagi Tahun 2022, hari ini.
Sebelum ceramah bermula, Komandan INSPRA, Kol Shahfreen bin Baba TUDM telah merasmikan Sudut Keselamatan dan Sudut Integriti di Auditorium SBM.Ceramah Kesihatan telah disampaikan oleh Jurupulih Perubatan Cara Kerja, En Mohamad Shafiee bin Mohamad Desa dari Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan. Dalam ceramah ini, beliau telah mengajar beberapa teknik Pengurusan Stress dan Tidur Berkualiti seperti Deep Breathing Technique dan Teknik Urutan Bahu dan Leher.
Diakhir majlis diadakan penyampaian cendera kenangan kepada Penceramah Jemputan dan wakil-wakil Klinik Kesihatan Daerah Kuantan oleh Komandan INSPRA. Turut hadir Pegawai Perubatan 815 RSAT PU Kuantan, Mej (Dr) Nurul Ain binti Abdullah, Pegawai-pegawai, Jurulatih-jurulatih serta penuntut kursus INSPRA.