Pengarah Inspektorat TUDM, Kol Tan Chee Kee TUDM telah menyempurnakan pembukaan Kursus Penyelia Keselamatan Siri 13/21 yang dikendalikan secara atas talian bermula pada 27 Sep 21 sehingga 1 Okt 21.
Kursus anjuran MTU-Inspektorat telah dihadiri seramai 176 orang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari TUDM, 9 orang PTTK dari Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan 6 orang PTTK dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Di dalam kursus ini, peserta akan didedahkan dengan konsep asas keselamatan, RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), tugas-tugas penyelia keselamatan di unit dan lain-lain lagi.
Di akhir kursus nanti, peserta akan diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas. Semoga kursus siri ini yang dilaksanakan secara norma baharu menambahkan pengetahuan para peserta serta memperkasakan lagi PTBK sebagai aset penting sumber manusia untuk kecemerlangan organisasi.