KUALA LUMPUR, 1 Mac 23 - BAKAT UDARA dengan kerjasama daripada BAKAT ATM telah menganjurkan Kelas Pengajian Tahsin Al-Quran bertempat di Rumah BAKAT MTU. Untuk permulaan bagi tahun 2023, BAKAT MTU telah dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan serta menjayakan program ini.
Seramai 26 orang ahli BAKAT Udara telah hadir untuk menyertai kelas ini secara langsung di Rumah BAKAT MTU manakala terdapat juga sebahagian ahli-ahli BAKAT yang lain turut mengambil bahagian dalam Kelas Pengajian Tahsin Al-Quran melalui tontonan secara facebook live.
Kelas yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Normalina binti Alias telah berlangsung selama 2 jam. Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan penguasaan kemahiran al-Quran kepada setiap peserta. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kualiti mutu bacaan al-Quran sedia ada yang telah dikuasai oleh setiap peserta.
Keseluruhannya, Kelas Pengajian Tahsin Al-Quran telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak memberi manfaat kepada ahli-ahli BAKAT Udara didalam meningkat kemahiran membaca Al-Quran. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dan semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.