TANJUNG BUNGAH, 23 Jan 25 - Bengkel Semakan Semula Pelan Pantas yang berlangsung pada 20 hingga 24 Jan 25 telah diadakan di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat kajian keperluan mobiliti udara, anggota dan peralatan Pasukan Atur Gerak Cepat ATM (PAC ATM) beserta konsep operasi udara semasa melaksanakan Pelan PANTAS.
Bengkel ini dihadiri oleh 16 pegawai dan 7 anggota LLP dari Markas Tentera Udara (MTU), Markas Tentera Darat (MTD), Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1), Pangkalan Udara Subang, No 1 Skn, No 8 Skn, No 10 Skn, No 20 Skn dan MK 10 Briged Para.
Bengkel anjuran MTU-Bahagian Operasi & Strategi, Sel Kerjasama Udara dan Doktrin (KUD) ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Kerjasama Udara & Doktrin, Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM dan Lt Kol Phanom a/l Achuan TUDM selaku Ketua Tim Penulisan.