π’π„π’πˆ π“π„πŒπ”πƒπ”π†π€ ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€ππ†πŠπ€π“ π’π”πŒππ€π‡ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€πƒπ„π“ 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 π’πˆπ‘πˆ 𝟏𝟐/πŸπŸ’

WhatsApp Image 2024 11 27 at 154434 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154434 1 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154434 2
WhatsApp Image 2024 11 27 at 154435 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154435 1 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154435 2
WhatsApp Image 2024 11 27 at 154436 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154436 1 WhatsApp Image 2024 11 27 at 154437

 

GAMBANG, 25 Nov 24 - Unit PALAPES Udara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Sesi Temuduga Pemilihan Akhir Pegawai Kadet PALAPES Udara Siri 12/24 bertempat di Akademi Adab, Kampus Gambang, Kuantan. Sesi Temuduga Pemilihan Akhir diketuai oleh PS 1 PSTU, Lt Kol Salamah binti Jakaria TUDM serta barisan panel dari MPSTU terdiri daripada PS 3 Rancang MPSTU, Kapt Harith Fadzilah bin Hussin TUDM; Ajutan MPSTU, Lt Mohamad Iqbal Ashraf bin Saidim TUDM serta Ajutan PALAPES Udara UMPSA, Kapt Tuan Mohd Rizqin bin Tuan Abdul Aziz TUDM. Calon yang ditemuduga pada kali ini telah melepasi pemeriksaan kesihatan dan Ujian Kecergasan Asas Jasmani (UKAJ).

Kesemua Pegawai Kadet PALAPES Udara peringkat β€˜Junior’ yang berjaya juga turut mengangkat sumpah diketuai oleh Kapt Tuan Mohd Rizqin bin Tuan Abdul Aziz TUDM, Ajutan PALAPES Udara UMPSA dengan disaksikan oleh PS 1 PSTU, PS 3 Rancang MPSTU, Ajutan MPSTU serta Jurulatih PALAPES Udara UMPSA.

Uniknya PALAPES Udara UMPSA ini kerana semua Pegawai Kadet adalah merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan dari UMPSA melibatkan dua kampus iaitu Kampus Gambang dan Kampus Pekan. PS 1 PSTU di dalam ucapannya menzahirkan tahniah kepada Pegawai Kadet β€˜Junior’ yang telah berjaya serta memberikan kata-kata nasihat dan dorongan kepada Pegawai Kadet PALAPES Udara agar mereka mengotakan segala lafaz angkat sumpah sekaligus beriltizam untuk menjalani latihan ketenteraan.

Mereka sewajarnya memanfaatkan peluang terbaik terpilih sebagai Pegawai Kadet PALAPES Udara sehingga berjaya menerima watikah tauliah dengan perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Leftenan Muda PSSTUDM setelah cukup tempoh latihan selama 3 tahun.

Beliau turut menasihati mereka agar bijak membahagikan masa di antara pengajian di universiti dan latihan ketenteraan, menjaga kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga sebagai seorang pelajar serta tidak terjebak dengan sebarang isu pelanggaran tatatertib mahupun kes jenayah.

Penglibatan mereka di dalam PALAPES Udara akan memberikan pengalaman berharga dan menjadi suatu nilai tambah kepada diri mereka sendiri yang bakal melahirkan insan berjaya serta memberikan jasa kepada negara setelah tamat pengajian kelak.