𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ”πŒππ”π‹π€π ππ„π‘π“π€πŒπ€ πƒπ„π“π€π’πŒπ„π 𝐍𝐎 πŸ‘ π’πŠπ πŠπ„ 𝐏𝐔 πŠπ”π‚π‡πˆππ†

1 3 5
6 4 7

 

BUTTERWORTH, 25 November 2024 - Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Detasmen No 3 Skuadron ke Pangkalan Udara Kuching.

Seramai 18 pegawai dan 18 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej M.Khairul Azwan Ismail TUDM telah terpilih bagi menjadi kumpulan pertama menggalas tanggungjawab untuk pengoperasian pesawat AW139 di Malaysia Timur.

Atur gerak untuk kumpulan pertama ini dilaksanakan secara berperingkat. Pada hari ini telah melibatkan seramai 8 pegawai dan 11 anggota LLP dengan menaiki pesawat C130H daripada No 14 Skuadron.

Majlis yang bersejarah ini turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif No 3 Skn, Mej Mohd Izzat Zakaria TUDM, warga No 3 Skn serta ahli keluarga pegawai dan anggota terlibat.