PROGRAM HARI INTEGRITI PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

WhatsApp Image 2024 11 27 at 162444 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162445 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162447
WhatsApp Image 2024 11 27 at 162447 1 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162447 2 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162448
WhatsApp Image 2024 11 27 at 162445 1 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162445 2 WhatsApp Image 2024 11 27 at 162446

 

Ahli Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan Program Hari Integriti pada 26 Nov 24 bersempena Bulan Integriti Peringkat Nasional yang disambut setiap tahun pada bulan November. Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM hadir bersama barisan pegawai serta 270 pegawai dan anggota LLP memenuhi Dewan Setia.

Program dimulakan dengan sesi ceramah Pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Masalah Integriti Kontinjen Pulau Pinang yang disampaikan oleh DSP Anika Fatimah binti Mohd Arshad wakil dari PDRM dan program diteruskan dengan sesi ceramah Klinik Pengurusan Kewangan oleh Encik Navakumar A/L Balakrishnan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran integriti kepada semua warga angkatan tentera bagi meningkatkan mutu kerja dan menghindari dari terjebak dari gejala rasuah, salah laku disiplin dan sebagainya serta pendedahan pengurusan kewangan di kalangan pegawai dan anggota dimana boleh menjadi faktor terjadi isu integriti di tempat kerja.