ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπ„π‘πŒπ€ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π†πŽππ† πŠπ„πƒπ€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ€ππ“π” πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π„π“π„πŒππ€π“

1 2 3
4 5 6

 

GONG KEDAK, 7 Nov 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Derma Darah di Dewan Puteri PU GK. Program ini merupakan inisiatif pihak Pangkalan dalam membantu pihak HSNZ untuk menangani masalah kekurangan bekalan darah berikutan peningkatan kes yang memerlukan rawatan transfusi darah.

Program Derma Darah ini melibatkan 24 orang Kakitangan Jabatan Tabung Darah HSNZ dengan sasaran awal seramai 100 orang penderma. Program yang dimulakan pada jam 1000 dan berakhir jam 1400 ini turut dibantu oleh lapan (8) staf Perubatan termasuk seorang (1) Pegawai Perubatan Pangkalan telah disertai seramai 117 orang warga pangkalan yang terdiri daripada Pegawai dan anggota LLP serta Staf Tadbir Awam dan ahli BAKAT pangkalan. Namun, daripada jumlah tersebut seramai 106 orang yang melepasi saringan dan layak menderma darah.

Pihak Tabung Darah HSNZ, Kuala Terengganu, Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta PU GK khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah HUSM di samping mengeratkan kerjasama dan hubungan dua hala kedua dua pihak.