GONG KEDAK, 29 OKT 24 - Bertempat di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong, BAKAT Pangkalan dengan kerjasama HUSM dan Klinik Cakna Wanita telah menganjurkan Program Kesihatan Wanita Pantai Timur.
Program bertemakan kesihatan wanita ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran pentingnya kesihatan kepada wanita dan risiko penyakit yang dihadapi oleh golongan wanita. Program ini telah mendapat penyertaan seramai 350 orang ahli BAKAT dan anggota PU GK.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, Ceramah Api: Kawan atau Lawan, Demonstrasi Pemadaman Api, Ceramah Kesihatan Payudara: Tips, Mitos dan Realiti, Ceramah Kembari Yakin: Bina Semula Itu Satu Pilihan dan Ceramah Kanser Serviks, Saringan dan Cegah. Booth pameran kesihatan turut disediakan. Selain itu, pemeriksaan saringan kanser payudara dan kanser serviks juga diberikan secara percuma.
Pelbagai permainan dan kuiz berkenaan kesihatan wanita dengan hadiah yang menarik juga menjadi tarikan program. Booth jualan turut disediakan antaranya jualan barangan kosmetik dan keperluan asas wanita daripada jenama Avon dan Xixili.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini. Terutamanya kakitangan HUSM dan Klinik Cakna Wanita terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana yang turut terlibat dalam menjayakan program ini.