KUALA LUMPUR, 20 Jan 25 β Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoβ Sri Mohd Asghar Khan bin Gorima Khan TUDM turut sama menyambut kedatangan Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Sjafrie Sjamsoeddin dan delegasi di Wisma Pertahanan, hari ini. Ketibaan TYT Sjafrie Sjamsoeddin dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat), berkekuatan 3 pegawai dan 109 anggota yang diketuai oleh Mejar Muhmmad Akmal Hakim bin Sabarudin.
Semasa kunjungan ke Wisma Pertahanan, TYT Sjafrie Sjamsoeddin turut membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Malaysia, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
Kunjungan ini adalah simbolik komitmen yang kukuh antara kedua-dua negara dalam memperkukuhkan kerjasama demi keamanan dan kestabilan serantau. Pertemuan ini juga mencerminkan hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia melalui hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan yang telah lama wujud.
Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Datoβ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain, serta pegawai-pegawai kanan ATM.