ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„πŒπ”π‹π€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ πŠπ„ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π’π„ππƒπ€π˜π€π

473571506 1011690454335755 5344779394860844940 n 3 4
5 6 7
8 9 10

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 15 Januari 2025 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah memulakan lawatan kerjanya bagi tahun 2025 ke Pangkalan Udara Sendayan. Turut menyertai lawatan tersebut ialah Brigadier Jeneral Norazman bin Ismail TUDM (Ketua Staf MPPLU), Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM (Pengarah Latihan), Kolonel Zamzuri bin Talib TUDM (Pengarah Bantuan), serta Pegawai Staf 1 Kurikulum, Pegawai Staf 1 Latih dan Pegawai Staf 1 Tadbir.

Rangka lawatan dimulakan dengan lawatan ke Markas Pangkalan Udara Sendayan. Ketibaan PPLU dan delegasi disambut oleh Komander Pangkalan, Kolonel Azman bin Taib TUDM serta barisan eksekutif pangkalan. PPLU kemudiaannya menandatangani buku lawatan sebagai simbolik kunjungan ke markas tersebut sebelum mendengar taklimat yang disampaikan oleh Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pegawai Memerintah Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) dan Pegawai Memerintah Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK) di Bilik Mesyuarat Utama.

Seterusnya, PPLU dan delegasi melanjutkan lawatan ke institut-institut di bawah naungan Pangkalan Udara Sendayan iaitu INSTAR, INSKEP, dan IKK. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan latihan serta infrastruktur yang terdapat di setiap institut. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada PPLU untuk mendalami peranan setiap institut dengan lebih jelas dan memberikan cadangan penambahbaikan agar dapat meningkatkan keupayaan setiap institut dalam melahirkan modal insan TUDM yang lebih cemerlang selari dengan pelan pembangunan TUDM 2055.

Lawatan kerja ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dalam memastikan pembangunan dan pemerkasaan institusi latihan di bawah naungan. Ia juga memberi peluang untuk meningkatkan kerjasama dan pemahaman yang lebih baik antara pucuk pimpinan bersama warga TUDM dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan latihan.