𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ π‰π„πŒπ€π€π‡ ππ€πŠπ€π“ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ π€πƒπˆπŠ πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ πˆπ‘π…π€π π€π‹πˆ

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 10 Januari 2025 - Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU), Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan bersama delegasi JBU, Amalshoppe dan BAKAT BOB telah mengadakan lawatan kebajikan kepada adik Muhammad Irfan Ali yang lumpuh disebabkan penyakit yang dialami oleh beliau iaitu "Refractory Focal Epilepsy with Subdural Hemorrhage" sejak tahun 2017.

Adik irfan merupakan anak kepada Puan Rosyasmin bt Mohd Khanif, ahli BAKAT BOB dan Mej Mohd Humaizi bin Ibrahim TUDM, MPOU-A7. Adik irfan kini masih lagi menjalani rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam lawatan ini, Pengerusi JBU telah menyantuni Puan Rosyasmin dan adik irfan serta menyempurnakan penyerahan kerusi roda yang dibeli melalui hasil keuntungan jualan Amalshoppe yang telah disalurkan untuk bantuan-bantuan kebajikan kepada ahli BAKAT Udara.

Pengerusi JBU juga turut memberikan kata-kata semangat kepada Puan Rosyasmin agak sentiasa tabah dan terus cekal dalam menjaga adik Irfan. Semoga dengan lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan ini dapat meningkatkan moral dan kesabaran ahli BAKAT Udara serta keluarga dalam menghadapi ujian kehidupan.

#Kebajikan
#BAKATBOB
#BAKATUdara
#Amalshoppe