KUALA LUMPUR, 23 Dis 24 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datoβ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan sulung Laksamana Madya Datoβ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin selaku Timbalan Panglima Tentera Laut yang Ke-24 semenjak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 19 Nov 24 yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan tahniah dan berharap kerjasama erat antara TUDM dan TLDM akan terus dapat dipertingkatkan terutamanya melibatkan latihan dan operasi bersama bagi memastikan keupayaan serta kesiagaan kedua-dua angkatan terus utuh dalam menjaga kedaulatan negara.