KUALA LUMPUR, 25 November 2024 β Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoβ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir menyaksikan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) bagi sesi kedua yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Istiadat yang diadakan sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan luar biasa pegawai serta anggota lain-lain pangkat ATM terhadap perkhidmatan. Ia juga mencerminkan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam menjaga kedaulatan negara.
Pada sesi kali ini, Istiadat Pengurniaan DKAT telah dilaksanakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM melibatkan seramai 252 pegawai dan anggota ATM terdiri daripada 22 penerima bagi Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 114 penerima bagi Kesatria Angkatan Tentera (KAT), dan 116 penerima bagi Bentara Angkatan Tentera (BAT).
Terdahulu, pada 29 Oktober 2024, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, telah menyempurnakan sesi pertama pengurniaan DKAT di Istana Negara kepada 100 penerima yang terpilih.
Turut hadir ke istiadat pada pagi ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Datoβ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta Pegawai-pegawai kanan ATM dan awam dari Kementerian Pertahanan.