ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π‡π€πƒπˆπ‘πˆ πŸπŸ“π“π‡ π‚π‡πˆππ€ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π€π•πˆπ€π“πˆπŽπ & π€π„π‘πŽπ’ππ€π‚π„ π„π—π‡πˆππˆπ“πˆπŽπ π™π‡π”π‡π€πˆ π€πˆπ‘π’π‡πŽπ– πƒπˆ π†π”π€ππ†πƒπŽππ†, π‚π‡πˆππ€

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri 15th China International Aviation & Aerospace Exhibition 2024 bertempat di Zhuhai, Guangdong, China bermula dari 9 hingga 14 November 2024. Delegasi Panglima Tentera Udara yang turut bersama ke acara antarabangsa ini adalah Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Brig Jen Muhd Aznor Bin Hj Md Ghazali TUDM dan Pegawai Memerintah No 12 Skuadron, Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham TUDM.

Ketibaan Panglima Tentera Udara dan delegasi di Zhuhai pada 9 November 2024 telah disambut oleh Pembantu Penasihat Pertahanan di China, Mej Mohd Afian bin Abdullah TUDM. Kehadiran Panglima Tentera Udara ke pameran antarabangsa yang berprestij ini memberi peluang strategik kepada TUDM untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa melalui pertemuan dengan para delegasi tentera yang hadir dan melihat teknologi pertahanan terkini yang dapat mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara.

Pengisian program Panglima Tentera Udara pada hari pertama adalah menghadiri International Military Flight & Training Conference. Dalam persidangan ini telah mengumpulkan pakar-pakar dari industri pertahanan, ketenteraan dan pemimpin pertahanan dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai topik antaranya kemajuan dalam latihan penerbangan, meningkatkan kerjasama antrabangsa melalui latihan bersama dan penggunaan teknologi baharu dalam latihan penerbangan serta operasi. Lebih membanggakan, seorang pegawai TUDM iaitu Lt Kol Nazatul Rina bt Lasim TUDM turut dijemput oleh pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan dalam persidangan ini yang bertajuk β€œStrengthening Air Force Technical Cooperation Exchange Between China and Malaysia in the High-Tech Field”.

Pada hari kedua, Panglima Tentera Udara telah mengikuti β€œThe 1st Forum on Inteligentized UAV” yang membicangkan berkenaan kemajuan teknologi dan aplikasi pesawat tanpa pemandu (UAV) yang kini telah digunakan secara meluas dalam ketenteraan. Pada sebelah petang, Panglima Tentera Udara menghadiri Air Force Reception of the 75th Anniversary of Founding International of the Chinese PLA Air Force & the 15th Zhuhai Airshow.

Seterusnya, pada 12 November 2024, Panglima Tentera Udara dan delegasi telah menghadiri Opening Ceremony of Zhuhai Airshow yang diadakan di Zhuhai International Aviation Exhibition Center. Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh General Chang Dingqiu, Commander of the Chinese People's Liberation Army Air Force (PLAAF).

Panglima Tentera Udara dan delegasi turut menyaksikan pertunjukan udara dan yang paling mencuri tumpuan adalah jet pejuang generasi kelima Russia, SU-57 yang membuat penampilan sulung pada pameran tersebut. Beliau juga turut mengambil peluang melihat pameran statik pesawat SU-57 dan mendengar penerangan berkaitan spesifikasi dan keupayaan pesawat tersebut. Panglima Tentera Udara juga berkesempatan mengunjungi beberapa booth pempamer serta mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri pertahanan antarabangsa.

China International Aviation & Aerospace Exhibition atau Zhuhai Airshow adalah pameran udara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali. Pameran ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 dan sejak itu menjadi salah satu acara utama dalam industri aeroangkasa dan pertahanan yang menarik perhatian pengeluar pesawat, syarikat teknologi pertahanan dan pelbagai pihak berkepentingan dari seluruh dunia. Pada edisi kali ini menyaksikan penyertaan lebih kurang 1022 peserta dari 47 buah negara.