KUALA LUMPUR, 23 Sep 24 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.
Dalam majlis ini, Lt Jen Dato' Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM menyerahkan tugas Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) kepada Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM. Sebagai simbolik peralihan pemerintahan, Lt Jen Dato' Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah menyerahkan sijil serah terima tugas dan tongkat kuasa kepada Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara.
Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Datoβ Masro bin Kaliwon TUDM; pegawai-pegawai kanan TUDM, Komandan-komandan dan Pegawai Memerintah Institut Latihan dibawah naungan MPPLU.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lt Jen Dato' Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM di atas jasa dan bakti selama memegang jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara yang ke-17 dan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM yang kini menggalas tugas dan amanah sebagai PPLU ke-18. Semoga MPPLU bakal melakarkan sejarah yang tersendiri ke arah kecemerlangan di bawah kepimpinan panglima pemerintahan yang baharu.