π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π€πˆπ‘ 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 ππ„π‘π€ππ‚πˆπ’

1 2
3 4

 

LABUAN, 8 Sep 24 – TUDM melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) telah melaksanakan Eksesais Air Defence bersama kapal frigat Bretagne Tentera Laut Perancis. Eksesais ini merupakan latihan berskala kecil secara opportunity basis apabila kapal kelas frigat Tentera Laut Perancis berlabuh di Kota Kinabalu mulai 04 hingga 07 Sep 24. Objektif eksesais adalah seperti berikut; building partner relationship between the RMAF and French Navy, based on mutual benefit, mutual trust and mutual understanding, establish C2 training between RMAF fighter unit and French Navy ship.

Penglibatan aset TUDM dalam eksesais ini adalah sebanyak 3 x pesawat pejuang manakala Tentera Laut Perancis pula menggunakan 1 x kapal frigat Bretagne dan 1 x helikopter jenis NH90. Eksesais telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu; Fasa 1 adalah taklimat koordinasi di antara MAWILUD 2, No 6 Skuadron, Skuadron 330 Kota Samarahan, Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara Bersama Kota Kinabalu (PUKALUB KK) bersama wakil daripada Tentera Laut Perancis yang diadakan secara Video Tele Conference (VTC). Fasa 2 pula merupakan Ship Strike Exercise (SSX) di antara pesawat pejuang bersama dengan kapal Bretagne Tentera Laut Perancis di kawasan latihan perairan. Photography Event telah dilaksanakan selepas tamat latihan.

Sepanjang eksesais berlangsung, MPOU-A7 melalui MAWILUD 2 telah bertindak sebagai penyelaras utama eksesais bersama Tentera Laut Perancis di samping mengkoordinasi dan melaksanakan segala keperluan taklimat penerbangan (Mission Brief) dan memantau serta mengawal pergerakan pesawat sepanjang eksesais. Kolaborasi di dalam diplomasi pertahanan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi malah dapat memperkasakan kapasiti warga TUDM dalam melaksanakan misi di perairan. Eksesais ini juga dapat mengeratkan hubungan kerjasama udara kedua-dua negara dengan latihan yang berfokus.