π“πˆπŒππ€π‹π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ„ππ˜π€πŒππ€πˆπŠπ€π 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŸπŸŽπ“π‡ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ 𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇 𝐀𝐍𝐃 𝐑𝐄𝐒𝐂𝐔𝐄 (πˆπ’π€π‘) π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ 𝐀𝐍𝐃 π„π—π‡πˆππˆπ“πˆπŽπ πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 9 Sep 24 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyampaikan ucapan pembukaan 10th International Search And Rescue (ISAR) Conference And Exhibition 2024 anjuran Global SAR Resources Sdn. Bhd yang dilaksanakan bermula dari 9 hingga 11 Sep 24 di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

10th International Search And Rescue (ISAR) Conference And Exhibition merupakan salah satu platform utama di Asia bagi industri mencari dan menyelamat yang melibatkan penyertaan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam keselamatan, kecemasan dan bantuan bencana.

16 17 18
19 20 21
22 23 24
25 26 27
28 29 30

 

Tema persidangan kali ini adalah β€œGlobal Resilience; Uniting Technology & Humanity for Safer Communities.” Fokus utamanya adalah untuk mempromosikan kolaborasi antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi swasta yang terlibat dalam operasi menyelamat di peringkat global. Sesi dalam persidangan ini merangkumi ceramah dan bengkel yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi baru, seperti penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi SAR serta latihan dan kemahiran terkini untuk pasukan penyelamat.

Selain itu, turut diadakan pameran yang menampilkan pelbagai syarikat teknologi dari seluruh dunia yang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka yang berkaitan dengan operasi SAR. Pameran ini menawarkan peluang kepada peserta untuk melihat dan menguji alatan terkini, termasuk kelengkapan penyelamat, teknologi pemantauan satelit dan komunikasi kecemasan.

Turut hadir dalam sesi pembukaan adalah Pengerusi Global SAR Resources Sdn.Bhd, Lt Jen Datuk Dr. William Stevenson (B); Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Zahani Bin Hj Zainal Abidin TUDM; Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi bin Mohd Isa serta Pegawai-pegawai kanan ATM dan kerajaan.